Terangi Rayamu Bersama Mayer 2023 (Sekarang sehingga 31 Mei 2023)

by: Mayer Malaysia

Kempen: Terangi Rayamu Bersama Mayer 2023

Tarikh: Sekarang - 31 Mei 2023


SYARAT LAYAK UNTUK MENYERTAI KEMPEN INI
Kempen Terangi Rayamu Bersama Mayer 2023 terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas dengan alamat kediaman sah di Malaysia. Kakitangan, keluarga terdekat, wakil, pembantu dan/atau ejen agensi pengiklanan dan/atau perhubungan awam, pembantu dan/atau ejen pengedar dan/atau kontraktor Mayer Malaysia Sdn. Bhd. tidak layak untuk menyertai kempen ini.

CARA-CARA PENYERTAAN
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai kempen ini:

Beli mana-mana produk terpilih Mayer Malaysia dalam satu resit di peniaga runcit & kedai atas talian yang menyertai kempen Terangi Rayamu Bersama Mayer 2023.

Imbas kod QR dan isi Borang secara online berserta butiran yang diperlukan- Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan (My Kad), Nombor Telefon, Alamat E-mel, Alamat Rumah, Nama Pembantu Jualan/Promoter Runcit berserta Foto resit sebagai bukti pembelian.

Hantar borang anda DI SINI (Beli dari eStore & Official Store tidak perlu isi)!

PENEBUSAN HADIAH DI AKHIR KAMPEN
Kaedah penebusan hadiah akan dimaklumkan melalui aplikasi WhatsApp, e-mel atau media yang bersesuaian dan diputuskan oleh pihak Mayer Malaysia Sdn. Bhd. Mereka yang layak akan dimaklumkan dalam tempoh 30 - 60 hari berkerja selepas kempen berakhir.

Hadiah penebusan akan dihantar berdasarkan butiaran yang diisi tempoh enam (6) minggu dari tarikh pengesahan. Pihak Mayer Malaysia Sdn. Bhd. akan menentukan kaedah penebusan yang sesuai dan semua peserta akan dimaklumkan.

SENARAI HADIAH
Berikut adalah produk-produk terpilih Mayer Malaysia bagi kempen ini( Sementara Stok Masih Ada):

  1. BELI 20L Ketuhar Udara Digital Disney x Mayer MMAO20 PERCUMA 1.8L Periuk Pelbagai Disney x Mayer MMMC838-MM
  2. BELI Disney x Mayer 3.5L Pengadun Berdiri Mini MMSM35-MK/MN PERCUMA Pembersih Udara Disney x Mayer MAP03-MM
  3. BELI 100L Ketuhar Elektrik Mistral MO100RCL PERCUMA Pengadun Tangan dengan Mangkuk Putar Mistral MHM502
  4. BELI 52L Ketuhar Elektrik Mistral MO52RCL PERCUMA Pengisar Tangan Pelbagai Fungsi Mistral MHB1902
  5. BELI 23L Ketuhar Elektrik Mistral MO23 PERCUMA Pencincang Mini USB yang Boleh Dicas Semula MMFC05
  6. BELI 32L Ketuhar Elektrik Mistral MO32RCL PERCUMA Pengisar Tangan Mistral MHM202
  7. BELI 8.5L Penggoreng Udara Mayer MMAF707 PERCUMA Pencincang Mini USB yang Boleh Dicas Semula Mayer MMFC05

TERMA DAN SYARAT

  • Kampen Terangi Rayamu Bersama Mayer ini dianjurkan oleh Pihak Mayer Malaysia Sdn. Bhd.  mulai 25 Mac 2023 pada "00:00:01" sehingga 31 Mei 2023 pada "23:59:59". Penyertaan perlu lengkap dihantar sebelum 10 Jun 2023 pada "23:59:59". Pihak Mayer Malaysia Sdn. Bhd. berhak untuk mengubah tempoh dan syarat kampen tanpa sebarang pemberitahuan. Sebarang pembelian yang diterima selepas tamatnya tarikh kampen dan pengisian penyertaan selepas 10 Jun 2023 tidak akan dilayan.
  • Peserta layak untuk menyertai kampen "Terangi Rayamu Bersama Mayer 2023" dengan sebarang pembelian produk terpilih Mayer Malaysia dalam satu resit sepanjang tempoh kempen di peniaga-peniaga runcit & kedai dalam talian yang menyertai kempen Terangi Rayamu Bersama Mayer 2023.
  • Bukti pembelian untuk setiap penyertaan dalam satu resit perlu dengan jelas menunjukkan nama kedai, nombor resit, tarikh dan jumlah pembelian.
  • Semua keputusan kampen termasuk keputusan dalam menentukan pemenang akan menjadi keputusan dari pihak Mayer Malaysia Sdn. Bhd. dan  sebarang permintaan banding, ulasan, atau perselisihan atas keputusan tersebut tidak akan dilayani.
  • Produk yang diterima sebagai hadiah dari pihak Mayer Malaysia Sdn. Bhd. tidak boleh dipindahkan kepada pihak ketiga, juga tidak boleh ditukarkan dalam tunai dan/atau perlakuan atau layanan lainnya.
  • Proses penebusan hadiah yang telah selesai TIDAK boleh dibatalkan, dikembalikan, atau ditukar dengan alasan apa pun.
  • Pihak Mayer Malaysia Sdn. Bhd. tidak memberikan sebarang  jaminan kualiti barang atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
  • Hadiah PERCUMA tidak berhak untuk tuntutan jaminan.
  • Jika tidak ada pertanyaan yang diterima setelah enam (6) minggu dari pemberitahuan penebusan hadiah, barang hadiah akan dianggap diterima.
  • Sebarang hadiah yang tidak dituntut selepas enam (6) minggu akan dianggap tiada dan pihak Mayer Malaysia Sdn. Bhd. tidak akan mengganti atau bertanggung jawab atas kegagalan peserta untuk mengambil hadiah tersebut.
  • Pihak Mayer Malaysia Sdn. Bhd. berhak mengubah hadiah, mengubah Terma dan Syarat, atau kampen ini tanpa sebarang pemberitahuan sebelumnya kepada sesiapa pun dan Peserta akan terikat oleh perubahan tersebut. 
  • Dengan menyertai kampen ini, peserta perlu bersetuju dengan terma dan syarat.
  • Peserta yang menyertai kampen ini perlu bersetuju dengan terma dan syarat yang termaktub dan tidak terbatas pada persetujuan Peserta untuk memproses, menggunakan, dan mengungkapkan data peribadi Peserta (namun tidak terbatas pada informasi yang diberikan oleh Peserta dalam pengisi maklumat, serta foto, gambar, dan video Peserta) untuk tujuan kampen dan publisiti masa depan di media ataupun tanpa pembayaran secara tunai, pampasan tambahan, pemberitahuan, atau izin.
  • Kami akan menggunakan Data Peribadi Anda untuk tujuan-tujuan berikut yang termasuk dalam kandungan dan iklan  untuk Anda dan mengukur atau memahami keberkesanan iklan yang kami sajikan kepada Anda, atau/ dan memberikan saran dan pengesyoran kepada Anda tentang produk atau layanan yang mungkin menarik bagi Anda, atau/ dan mengirimkan informasi relevan tentang acara, pengumuman berita, atau promosi kami.
  • Pihak Mayer Malaysia Sdn. Bhd. tidak akan bertanggung jawab atas tuntutan, kerugian, atau kerosakan apa pun, yang timbul dari atau sehubungan dengan kampen ini atau hadiah yang diberikan melalui kampen ini.
  • Pihak Mayer Malaysia Sdn. Bhd. adalah organisasi akhir dan berhak untuk mengubah, membuang, atau menambahkan setiap Terma dan Syarat ini dan sebarang kaitan berkait dengan Kampen ini.
  • Dengan penyertaan ini, Anda mbersetuju dengan terma dan syarat di atas.